24 Mei 2012



Free desktop streaming application by Ustream
Saksikan video sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Johor 2012 di Kota Tinggi, Johor.

30 Mac 2009

Mesyuarat Agong PIBG SK Sri Tangkak

Click to play this Smilebox slideshow: PIBG_SRIT
Create your own slideshow - Powered by Smilebox
Make a Smilebox slideshow

15 Mac 2009

TAKLIMAT PENGURUSAN ASET ICT SEKOLAH-SEKOLAH MUAR



Tangkak, 11 Mac, 2009 (Rabu)
- Satu taklimat pengurusan aset ICT sekolah telah dilaksanakan di Pusat Kegiatan Guru Tangkak. Taklimat tersebut disampaikan oleh Tuan Hj Shapiee bin Ali, Pegawai Teknologi Pendidikan, Pusat Kegiatan Guru Sungai Balang, Muar.

Seramai 37 orang Guru Penolong Kanan Pentadbiran sekolah-sekolah ahli PKG Tangkak, PKG Serom dan PKG Bukit Gambir telah hadir ke taklimat tersebut.

16 Jun 2008

PEMANTAUAN PSS DI STTA

Bukit Gambir, 17 Jun, 2008 (Selasa) - Pusat Kegiatan Guru Daerah Ledang dengan kerjasama Pusat Kegiatan Guru Daerah Muar akau membuat pemantauan Pusat Sumber Sekolah di SMK Tengku Temenggung Ahmad, Kundang Ulu hari ini. Tujuan pemantauan ini adalah untuk meninjau sejauh mana sekolah tersebut memerlukan khidmat bantu yang akan dilaksanakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor dan seterusnya membuat perancangan dan startegi bantuan dan khidmat bantu yang akan dilaksanakan di sekolah ini.

12 Jun 2008

HARI TERBUKA SK LEDANG


Tangkak, 13 Jun, 2008 (Jumaat) - Sekolah Kebangsaan Ledang telah mengadakan Hari Terbuka pada hari ini. Menurut Guru Besarnya, Puan Hajjah Rosmizan bte Jamaluddin, program ini diadakan khas untuk memberi peluang kepada guru-guru dan ibubapa berbincang bagi membantu pelajar-pelajar dalam mempertingkatkan pelajaran masing-masing.

Program seperti ini akan terus diadakan pada setiap tahun kerana ianya amat memberi kesan yang baik dalam pencapaian akademik sekolah ini.

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PKG TANGKAK

Kami mengalu-alukan kesudian tuan melayari laman blog ini.